8 Pada suatu hari Elisa pergi ke kota Sunem. Di sana ada seorang perempuan kaya. Perempuan itu menjemput Elisa makan di rumahnya. Sejak itu tiap-tiap kali Elisa pergi ke Sunem, dia makan di rumah perempuan kaya itu.
9 Perempuan itu berkata kepada suaminya, “Aku yakin bahawa orang yang selalu datang ke mari itu sungguh-sungguh hamba Allah.
10 Marilah kita bina sebuah bilik kecil di atas bumbung rumah, dan melengkapinya dengan sebuah tempat tidur, sebuah meja, sebuah kerusi dan sebuah pelita supaya dia dapat menginap di situ manakala dia datang ke mari.”
11 Pada suatu hari, Elisa pergi ke Sunem lalu masuk ke biliknya untuk berehat.
12 Dia menyuruh Gehazi, hambanya pergi memanggil perempuan itu. Apabila perempuan itu datang,
13 Elisa berkata kepada Gehazi, “Tanyalah dia apa yang dapat saya lakukan baginya. Dia telah bersusah-payah menyediakan keperluan kita. Mungkin dia mahu saya mengatakan sesuatu bagi kepentingannya di hadapan raja ataupun panglima tentera.”Perempuan itu menjawab, “Saya tinggal di kalangan kaum keluarga saya sendiri dan tidak kekurangan apa-apa pun.”
14 Elisa berkata kepada Gehazi, “Jika demikian, apakah yang dapat saya lakukan baginya?”Gehazi menjawab, “Dia tidak mempunyai anak lelaki. Lagi pula suaminya sudah tua.”