1 Pada suatu hari, kumpulan nabi yang dididik oleh Elisa berkata kepada Elisa, “Tempat tinggal kita terlalu sempit!
2 Benarkanlah kami pergi menebang kayu dekat Sungai Yordan, supaya kami dapat membina tempat tinggal di sana.”“Baiklah,” jawab Elisa.
3 Seorang daripada mereka mendesak Elisa supaya mengikut mereka; Elisa bersetuju.
4 Oleh itu mereka berangkat bersama-sama. Apabila mereka sampai dekat Sungai Yordan, mereka mula bekerja.
5 Semasa seorang daripada mereka menebang sebatang pokok, tiba-tiba mata kapaknya jatuh ke dalam air. Orang itu berseru kepada Elisa, “Apakah yang harus saya lakukan? Kapak itu saya pinjam daripada orang lain!”