28 Apakah masalahmu?”Perempuan itu berkata, “Perempuan ini telah mencadangkan supaya hamba berdua makan anak hamba dahulu, lalu hari berikutnya makan anaknya.
29 Oleh itu kami memasak anak hamba dan memakannya. Esoknya hamba memberitahu dia bahawa kami harus makan anaknya pula, tetapi dia telah menyembunyikan anaknya!”
30 Apabila raja mendengar hal itu, baginda mengoyakkan pakaiannya kerana dukacita. Semua orang yang dekat tembok itu nampak bahawa raja memakai kain guni di sebelah dalam pakaiannya.
31 Raja berseru, “Semoga Allah membunuh beta jika kepala Elisa tidak dipancung pada hari ini!”
32 Oleh itu raja menyuruh orang menangkap Elisa.Pada masa itu Elisa sedang berada di rumah bersama dengan beberapa orang ketua masyarakat yang mengunjungi dia. Sebelum utusan raja itu tiba, Elisa berkata kepada ketua-ketua itu, “Pembunuh itu sedang menyuruh orang membunuh saya! Apabila orang itu datang, kuncilah pintu dan jangan benarkan dia masuk. Raja sendiri akan datang menyusul dia.”
33 Sebelum Elisa selesai berkata-kata, raja pun tiba dan bertitah, “TUHAN yang telah mendatangkan kesusahan ini kepada kita! Apakah gunanya beta menunggu pertolongan-Nya?”