1 Pada masa itu Nabi Elisa memanggil salah seorang nabi yang dididiknya daripada kumpulan nabi, lalu berkata kepadanya, “Bersiaplah dan pergilah ke Ramot di Gilead. Bawalah bejana yang berisi minyak zaitun.
2 Apabila kamu sampai di sana carilah Yehu anak Yosafat, cucu Nimsi. Bawalah dia sendirian ke suatu bilik, terasing daripada sahabat-sahabatnya.
3 Lalu tuanglah minyak zaitun ini ke atas kepalanya dan katakan, ‘Dengan ini TUHAN mengisytiharkan bahawa Dia telah melantik engkau menjadi raja Israel.’ Setelah itu tinggalkanlah tempat itu secepat mungkin.”
4 Nabi muda itu pergi ke Ramot.