2 Raja-Raja 9:14-15 BM

14-15 Selepas itu Raja Yehu berkomplot melawan Raja Yoram. Pada masa itu Raja Yoram berada di Yizreel. Raja Yoram pergi ke sana untuk mendapatkan rawatan bagi lukanya akibat pertempuran di Ramot melawan Raja Hazael, raja negeri Siria. Raja Yehu berkata kepada sahabat-sahabatnya, “Jika kamu setuju beta menjadi raja, jagalah supaya jangan seorang pun keluar dari Ramot untuk memberitahukan rahsia itu kepada penduduk Yizreel.”

Baca bab lengkap 2 Raja-Raja 9

Lihat 2 Raja-Raja 9:14-15 dalam konteks