3 Lalu tuanglah minyak zaitun ini ke atas kepalanya dan katakan, ‘Dengan ini TUHAN mengisytiharkan bahawa Dia telah melantik engkau menjadi raja Israel.’ Setelah itu tinggalkanlah tempat itu secepat mungkin.”
4 Nabi muda itu pergi ke Ramot.
5 Di sana dia menjumpai Yehu dan para panglima tentera sedang bermesyuarat. Dia berkata, “Tuan, saya ada berita untuk tuan.”Yehu bertanya, “Kepada siapakah kamu menyampaikan berita itu?”“Kepada tuan,” jawabnya.
6 Kemudian mereka berdua masuk ke dalam bilik, lalu nabi muda itu menuangkan minyak zaitun ke atas kepala Yehu sambil berkata, “TUHAN, Allah Israel mengisytiharkan, ‘Dengan ini Aku melantik engkau menjadi raja umat-Ku Israel.
7 Hendaklah engkau membunuh keluarga tuanmu, anak Ahab itu, supaya Aku dapat menghukum Izebel yang telah membunuh nabi-nabi-Ku dan hamba-hamba-Ku yang lain.
8 Semua anggota keluarga Ahab dan keturunannya mesti mati. Aku akan membunuh semua kaum lelaki keluarganya, baik yang muda mahupun yang tua.
9 Aku akan memperlakukan keluarganya seperti Aku memperlakukan keluarga Yerobeam dan Baesa, raja-raja Israel.