7 Hendaklah engkau membunuh keluarga tuanmu, anak Ahab itu, supaya Aku dapat menghukum Izebel yang telah membunuh nabi-nabi-Ku dan hamba-hamba-Ku yang lain.
8 Semua anggota keluarga Ahab dan keturunannya mesti mati. Aku akan membunuh semua kaum lelaki keluarganya, baik yang muda mahupun yang tua.
9 Aku akan memperlakukan keluarganya seperti Aku memperlakukan keluarga Yerobeam dan Baesa, raja-raja Israel.
10 Izebel tidak akan dikebumikan. Jenazahnya akan dimakan anjing di kawasan Yizreel.’ ” Setelah mengatakan semua itu, nabi muda itu meninggalkan bilik lalu pergi dengan cepat.
11 Yehu kembali kepada para panglima yang lain. Mereka bertanya kepadanya, “Apakah berita yang dibawanya? Mengapa orang gila itu datang kepadamu?”“Tidakkah kamu tahu?” tanya Yehu.
12 “Tidak!” jawab mereka. “Beritahukanlah apa katanya.”“Dia memberitahu saya bahawa TUHAN mengisytiharkan, ‘Aku telah melantik engkau menjadi raja Israel.’ ”
13 Pada saat itu juga, sahabat-sahabat Yehu membentangkan jubah mereka di bahagian atas tangga bagi Yehu. Mereka meniup trompet dan berseru, “Yehu raja!”