1 Raja Rehabeam pergi ke Sikhem kerana semua suku di bahagian utara Israel telah berkumpul di sana untuk melantik baginda menjadi raja.
2 Apabila Yerobeam anak Nebat mendengar tentang berita itu, dia kembali ke Israel. Dahulu Yerobeam telah pergi ke Mesir kerana dia melarikan diri daripada Raja Salomo.
3 Suku-suku di utara memanggil Yerobeam, lalu dia bersama dengan mereka menghadap Raja Rehabeam dan berkata,
4 “Raja Salomo, ayahanda tuanku telah memberikan hamba sekalian beban yang berat. Sekarang jika tuanku meringankan beban hamba semua dan memperlakukan hamba sekalian dengan baik, hamba semua akan menjadi rakyat yang setia kepada tuanku.”
5 Raja Rehabeam bertitah, “Berilah beta tiga hari untuk mempertimbangkan hal itu. Selepas itu, datanglah lagi.” Oleh itu mereka pun pergi.
6 Raja Rehabeam meminta nasihat daripada para orang tua yang telah berkhidmat kepada ayahandanya sebagai penasihat. “Bagaimanakah beta harus menjawab semua orang itu,” tanya Raja Rehabeam. “Apakah nasihat kamu?”