12 Tiga hari kemudian, Yerobeam dan rakyat datang lagi menghadap Raja Rehabeam menurut titahnya.
13-14 Raja tidak mempedulikan nasihat orang tua. Baginda menurut nasihat orang muda lalu bertitah kepada rakyat dengan kasar, “Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda menyebat kamu dengan cambuk tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!”
15 TUHAN Allah hendak menepati firman-Nya yang disampaikan kepada Yerobeam anak Nebat melalui Nabi Ahia dari Silo. Itulah sebabnya raja tidak menghiraukan permintaan rakyat.
16 Apabila rakyat melihat bahawa raja tidak mahu mengabulkan permintaan mereka, mereka berseru, “Jangan pedulikan Raja Daud dan keluarganya! Mereka tidak pernah melakukan apa pun untuk kita! Hai umat Israel, marilah kita pulang! Biarlah Raja Rehabeam menjaga dirinya sendiri!”Oleh itu umat Israel memberontak, dan
17 Raja Rehabeam menjadi raja hanya bagi penduduk wilayah Yehuda sahaja.
18 Kemudian Raja Rehabeam mengutus Adoniram, pengawas buruh paksa, pergi kepada umat Israel, tetapi mereka merejam dia sehingga mati. Oleh itu Raja Rehabeam tergesa-gesa melarikan diri ke Yerusalem dengan menaiki kereta kudanya.
19 Sejak itu, penduduk di bahagian utara kerajaan Israel sentiasa memberontak terhadap raja-raja keturunan Raja Daud.