16 Daripada semua suku Israel, orang yang benar-benar hendak menyembah TUHAN, Allah Israel, mengikut orang Lewi ke Yerusalem, supaya mereka dapat mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka.
17 Dengan demikian kerajaan Yehuda dikuatkan. Selama tiga tahun mereka menyokong Raja Rehabeam putera Raja Salomo. Mereka hidup seperti pada zaman dahulu, di bawah pemerintahan Raja Daud dan Raja Salomo.
18 Raja Rehabeam berkahwin dengan Mahalat. Bapa Mahalat ialah Yerimot, putera Raja Daud. Ibu Mahalat ialah Abihail anak Eliab, dan cucu Isai.
19 Raja Rehabeam dan Mahalat mempunyai tiga orang putera: Yeus, Semarya, dan Zaham.
20 Kemudian Raja Rehabeam berkahwin dengan Maakha anak Absalom, dan mendapat empat orang putera: Abia, Atai, Ziza, dan Selomit.
21 Raja Rehabeam mempunyai 18 orang isteri dan 60 orang gundik. Baginda mempunyai 28 orang putera dan 60 orang puteri. Antara semua isteri dan gundiknya, Maakha yang paling dikasihinya.
22 Antara semua putera dan puterinya, Abia putera Maakha, yang paling dikasihinya. Raja Rehabeam memilih Abia untuk menggantikan baginda sebagai raja kelak.