12 Oleh sebab raja merendahkan diri di hadapan TUHAN, dan kerana masih ada hal-hal yang baik di Yehuda, maka redalah kemurkaan TUHAN terhadap Raja Rehabeam dan tidak membinasakan baginda sama sekali.
13 Raja Rehabeam memerintah di Yerusalem dan kekuasaannya bertambah. Ketika baginda menjadi raja, baginda berumur empat puluh satu tahun. Selama tujuh belas tahun, baginda memerintah di Yerusalem, kota yang dipilih oleh TUHAN di seluruh wilayah Israel sebagai tempat beribadat kepada-Nya. Bonda Raja Rehabeam ialah Naama, yang berasal dari Amon.
14 Raja Rehabeam melakukan kejahatan kerana baginda tidak berusaha melakukan kehendak TUHAN.
15 Perbuatan Raja Rehabeam dari permulaan hingga akhir, dan juga catatan tentang keluarganya, terdapat di dalam kitab Sejarah Nabi Semaya dan kitab Sejarah Nabi Ido. Raja Rehabeam dan Raja Yerobeam sentiasa berperang.
16 Raja Rehabeam mangkat dan dimakamkan di makam diraja di Kota Daud, lalu puteranya, Abia, menggantikan baginda sebagai raja.