8 Walaupun begitu, Sisak akan menaklukkan mereka; barulah mereka tahu perbezaannya mengabdikan diri kepada-Ku dan mengabdikan diri kepada pemerintah dunia ini.”
9 Demikianlah Raja Sisak memasuki Yerusalem dan merampas harta di Rumah TUHAN dan di istana. Baginda mengambil segala-galanya termasuk perisai-perisai emas yang dibuat oleh Raja Salomo.
10 Sebagai ganti perisai-perisai emas itu, Raja Rehabeam membuat perisai-perisai gangsa. Raja mempercayakan semua perisai itu kepada para pegawai yang bertanggungjawab mengawal pintu-pintu istana.
11 Tiap-tiap kali raja masuk ke Rumah TUHAN, para pengawal mengangkat perisai-perisai itu, dan selepas itu, mereka mengembalikan semuanya ke bilik pengawal.
12 Oleh sebab raja merendahkan diri di hadapan TUHAN, dan kerana masih ada hal-hal yang baik di Yehuda, maka redalah kemurkaan TUHAN terhadap Raja Rehabeam dan tidak membinasakan baginda sama sekali.
13 Raja Rehabeam memerintah di Yerusalem dan kekuasaannya bertambah. Ketika baginda menjadi raja, baginda berumur empat puluh satu tahun. Selama tujuh belas tahun, baginda memerintah di Yerusalem, kota yang dipilih oleh TUHAN di seluruh wilayah Israel sebagai tempat beribadat kepada-Nya. Bonda Raja Rehabeam ialah Naama, yang berasal dari Amon.
14 Raja Rehabeam melakukan kejahatan kerana baginda tidak berusaha melakukan kehendak TUHAN.