7 Tetapi kamu mesti tabah dan berani. Pekerjaan yang kamu lakukan akan diberikan ganjaran.”
8 Apabila Raja Asa mendengar nubuat Azarya anak Obed, semangatnya berkobar. Baginda membuang semua berhala di Yehuda dan Benyamin, serta semua berhala di kota-kota yang direbut oleh baginda di perbukitan Efraim. Raja Asa memperbaiki mazbah TUHAN yang terletak di halaman Rumah TUHAN.
9 Banyak orang datang dari Efraim, Manasye dan Simeon, lalu tinggal di dalam kerajaan Raja Asa, kerana mereka telah melihat bahawa TUHAN menolong Raja Asa. Raja Asa memanggil mereka semua bersama-sama penduduk Yehuda dan Benyamin.
10 Mereka semua berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga tahun kelima belas pemerintahan Raja Asa.
11 Pada hari itu mereka mempersembahkan 700 ekor lembu dan 7,000 ekor domba sebagai korban kepada TUHAN; semua itu adalah hasil jarahan.
12 Mereka membuat perjanjian bahawa dengan segenap hati dan jiwa, mereka akan hidup menurut kehendak TUHAN, Allah nenek moyang mereka.
13 Sesiapa sahaja, baik tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang tidak hidup menurut kehendak TUHAN, Allah Israel, harus dihukum mati.