1 Pada tahun ketiga puluh enam pemerintahan Raja Asa di Yehuda, Raja Baesa dari Israel menyerang Yehuda lalu mula memperkuat kota Rama untuk menutup jalan keluar masuk Yehuda.
2 Oleh itu Raja Asa mengambil perak dan emas dari perbendaharaan di Rumah TUHAN dan di istana. Kemudian Raja Asa mengirimnya ke Damsyik kepada Raja Benhadad raja Siria, dengan pesan berikut,
3 “Marilah kita mengikat persahabatan seperti yang dilakukan ayahanda kita dahulu. Emas dan perak ini hadiah untuk tuanku. Putuskanlah persahabatan tuanku dengan Raja Baesa di Israel, supaya raja Israel itu terpaksa menarik kembali tenteranya dari wilayah beta.”
4 Raja Benhadad bersetuju dengan cadangan Raja Asa, lalu Raja Benhadad mengirim para panglima dan tentera mereka untuk menyerang kota-kota Israel. Mereka merebut Iyon, Dan, Abel-Bet-Maakha, dan semua kota di Naftali, iaitu tempat-tempat penyimpanan perbekalan negeri.
5 Apabila Raja Baesa mendengar hal itu, baginda menghentikan usahanya untuk memperkuat Rama.