4 Raja Benhadad bersetuju dengan cadangan Raja Asa, lalu Raja Benhadad mengirim para panglima dan tentera mereka untuk menyerang kota-kota Israel. Mereka merebut Iyon, Dan, Abel-Bet-Maakha, dan semua kota di Naftali, iaitu tempat-tempat penyimpanan perbekalan negeri.
5 Apabila Raja Baesa mendengar hal itu, baginda menghentikan usahanya untuk memperkuat Rama.
6 Setelah itu Raja Asa memerintah orang dari seluruh Yehuda supaya membawa batu dan balak yang digunakan Raja Baesa di Rama, lalu mereka menggunakan semuanya untuk memperkuat kota Geba dan Mizpa.
7 Pada waktu itu Nabi Hanani menghadap Raja Asa dan berkata, “Oleh sebab tuanku telah bersandar kepada raja Siria dan tidak bersandar kepada TUHAN, Allah tuanku, maka hilanglah kesempatan untuk mengalahkan tentera raja Siria.
8 Bukankah tentera Etiopia dan Libia besar bilangannya? Mereka mempunyai kereta kuda dan pasukan berkuda, tetapi kerana tuanku bersandar kepada TUHAN, Dia memberi tuanku kemenangan menentang mereka.
9 TUHAN sentiasa mengawasi seluruh bumi ini dan memberikan kekuatan kepada mereka yang setia kepada-Nya. Tuanku telah berlaku bodoh, oleh itu mulai sekarang tuanku akan sentiasa berperang.”
10 Raja Asa begitu murka terhadap nabi itu sehingga nabi itu dibelenggu. Pada masa itulah Raja Asa mula memperlakukan beberapa orang dengan kejam.