1 Raja Yosafat menggantikan ayahandanya Raja Asa sebagai raja, dan baginda mengukuhkan kedudukannya untuk melawan Israel.
2 Raja Yosafat menempatkan tentera di kota-kota berkubu di Yehuda, di kawasan desa Yehuda, dan di kota-kota yang telah direbut oleh Raja Asa di wilayah Efraim.
3 TUHAN memberkati Raja Yosafat kerana baginda mengikut teladan ayahandanya semasa ayahandanya masih muda; Raja Yosafat tidak menyembah Baal.
4 Baginda mengabdi kepada Allah ayahandanya, taat kepada perintah Allah, dan tidak hidup seperti raja-raja Israel.