3 TUHAN memberkati Raja Yosafat kerana baginda mengikut teladan ayahandanya semasa ayahandanya masih muda; Raja Yosafat tidak menyembah Baal.
4 Baginda mengabdi kepada Allah ayahandanya, taat kepada perintah Allah, dan tidak hidup seperti raja-raja Israel.
5 TUHAN menguatkan pemerintahannya di Yehuda, dan semua orang memberikan hadiah kepadanya sehingga baginda menjadi kaya dan sangat dihormati.
6 Raja Yosafat berbangga kerana mengabdi kepada TUHAN; baginda memusnahkan semua tempat penyembahan berhala dan lambang-lambang Dewi Asyera di Yehuda.
7 Pada tahun ketiga pemerintahannya, baginda mengutus pegawai-pegawai untuk mengajar di kota-kota Yehuda. Mereka terdiri daripada Benhail, Obaja, Zakharia, Netaneel, dan Mikha.
8 Mereka diiringi oleh sembilan orang Lewi dan dua orang imam. Orang Lewi itu ialah Semaya, Netanya, Zebaja, Asael, Semiramot, Yonatan, Adonia, Tobia, dan Tob-Adonia; imam-imam itu ialah Elisama dan Yoram.
9 Mereka membawa kitab Taurat TUHAN, lalu menjelajahi semua kota di Yehuda dan mengajar rakyat di sana.