1 Raja Yosafat pulang dengan selamat ke istananya di Yerusalem.
2 Seorang nabi bernama Yehu anak Hanani, pergi menghadap raja dan berkata kepadanya, “Patutkah tuanku menolong orang zalim dan berpihak kepada orang yang melawan TUHAN? Perbuatan tuanku itu menyebabkan TUHAN murka terhadap tuanku.
3 Walaupun demikian, ada juga perbuatan baik yang tuanku lakukan. Tuanku telah membuang lambang-lambang Dewi Asyera yang disembah rakyat, dan tuanku telah berusaha melakukan kehendak Allah.”
4 Walaupun Raja Yosafat tinggal di Yerusalem, baginda sentiasa mengunjungi rakyatnya di seluruh negeri, dari Bersyeba di selatan sampai ke sempadan perbukitan Efraim di utara, untuk memimpin rakyat kembali kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka.
5 Raja Yosafat melantik hakim-hakim di setiap kota berkubu di Yehuda.
6 Baginda memberikan perintah ini kepada mereka, “Berhati-hatilah apabila kamu menghakimi orang, kerana kamu bertindak bukan atas nama manusia, melainkan atas nama TUHAN. Dia mengawasi kamu apabila kamu memberikan keputusan.