26 Pada hari keempat, mereka berkumpul di Lembah Beraka, lalu memuji TUHAN bagi segala yang telah dilakukan-Nya. Itulah sebabnya lembah itu dinamakan Lembah Beraka.
27 Demikianlah Raja Yosafat memimpin tenteranya kembali ke Yerusalem dengan kemenangan, kerana TUHAN telah mengalahkan musuh mereka.
28 Ketika mereka sampai di kota, mereka pergi ke Rumah TUHAN, dengan iringan kecapi dan trompet.
29 Tiap-tiap bangsa menjadi takut apabila mendengar tentang cara TUHAN mengalahkan musuh Israel.
30 Dengan demikian Raja Yosafat dapat memerintah dengan aman, dan Allah memberi Raja Yosafat ketenteraman di seluruh negeri.
31 Raja Yosafat menjadi raja Yehuda ketika baginda berumur tiga puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh lima tahun. Bondanya ialah Azuba anak Silhi.
32 Seperti ayahandanya dahulu, Raja Yosafat melakukan apa yang benar di sisi TUHAN,