30 Dengan demikian Raja Yosafat dapat memerintah dengan aman, dan Allah memberi Raja Yosafat ketenteraman di seluruh negeri.
31 Raja Yosafat menjadi raja Yehuda ketika baginda berumur tiga puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh lima tahun. Bondanya ialah Azuba anak Silhi.
32 Seperti ayahandanya dahulu, Raja Yosafat melakukan apa yang benar di sisi TUHAN,
33 tetapi tempat-tempat penyembahan berhala tidak dimusnahkan. Rakyat belum juga beribadat dengan sepenuh hati kepada Allah nenek moyang mereka.
34 Segala perbuatan Raja Yosafat, dari permulaan pemerintahannya sehingga akhir, tercatat di dalam kitab Sejarah Yehu Anak Hanani, iaitu sebahagian daripada kitab Sejarah Raja-Raja Israel.
35 Pada suatu masa, Raja Yosafat mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia dari Israel, yang melakukan banyak kejahatan.
36 Mereka membina kapal-kapal besar di Ezion-Geber,