34 Segala perbuatan Raja Yosafat, dari permulaan pemerintahannya sehingga akhir, tercatat di dalam kitab Sejarah Yehu Anak Hanani, iaitu sebahagian daripada kitab Sejarah Raja-Raja Israel.
35 Pada suatu masa, Raja Yosafat mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia dari Israel, yang melakukan banyak kejahatan.
36 Mereka membina kapal-kapal besar di Ezion-Geber,
37 tetapi Eliezer anak Dodawa dari kota Maresa memberikan amaran kepada Raja Yosafat. Katanya, “Oleh sebab tuanku mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia, TUHAN akan memusnahkan apa yang telah tuanku bina.” Kemudian kapal-kapal yang telah dibina itu musnah dan tidak dapat belayar sama sekali.