1 Raja Yosafat mangkat lalu dimakamkan di makam diraja di Kota Daud, dan puteranya Yehoram menggantikan baginda sebagai raja.
2 Raja Yehoram putera Raja Yosafat, raja Yehuda mempunyai enam saudara lelaki: Azarya, Yehiel, Zakharia, Azariahu, Mikhael, dan Sefaca.
3 Ayahanda mereka memberi mereka banyak emas, perak, barang-barang berharga lain, dan masing-masing juga diberikan sebuah kota berkubu di Yehuda. Oleh sebab Yehoram putera sulung, Raja Yosafat melantik puteranya itu menjadi pengganti baginda.
4 Selepas Raja Yehoram mengukuhkan pemerintahannya, baginda membunuh semua saudara lelakinya, dan juga beberapa orang pegawai tinggi.