12 Nabi Elia mengirim sepucuk surat kepada Raja Yehoram. Bunyi surat itu demikian, “TUHAN, Allah yang disembah Raja Daud, nenek moyang tuanku, menghukum tuanku, kerana tuanku tidak mengikut teladan Raja Yosafat ayahanda tuanku, ataupun teladan Raja Asa datuk tuanku.
13 Sebaliknya, tuanku mengikut cara hidup raja-raja Israel, dan menyebabkan penduduk Yehuda dan Yerusalem tidak setia kepada Allah, sebagaimana Raja Ahab dan raja-raja yang seterusnya menyebabkan Israel tidak setia kepada Allah. Bahkan tuanku telah membunuh saudara-saudara tuanku yang lebih baik daripada tuanku.
14 Oleh itu TUHAN akan menghukum rakyat, anak-anak, dan isteri-isteri tuanku dengan berat, serta memusnahkan harta milik tuanku.
15 Tuanku sendiri akan menderita penyakit usus yang semakin hari semakin parah!”
16 Pada masa itu ada orang Filistin dan orang Arab yang tinggal dekat perkampungan orang Etiopia di kawasan pantai. TUHAN menggerakkan hati mereka untuk memerangi Raja Yehoram.
17 Mereka menyerang Yehuda, menjarah harta di istana, dan menawan semua isteri dan putera raja kecuali Ahazia, putera yang bongsu.
18 Setelah semua hal itu berlaku, TUHAN mendatangkan penyakit usus yang teruk kepada Raja Yehoram.