4 Selepas Raja Yehoram mengukuhkan pemerintahannya, baginda membunuh semua saudara lelakinya, dan juga beberapa orang pegawai tinggi.
5 Raja Yehoram menjadi raja ketika baginda berumur 32 tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama lapan tahun.
6 Baginda mengikut cara hidup Raja Ahab dan raja-raja Israel yang lain kerana baginda berkahwin dengan salah seorang puteri Raja Ahab. Raja Yehoram berdosa terhadap TUHAN,
7 tetapi TUHAN tidak mahu memusnahkan raja keturunan Raja Daud, kerana TUHAN telah berjanji kepada Raja Daud bahawa keturunan baginda akan memerintah selama-lamanya.
8 Pada masa pemerintahan Raja Yehoram, Edom memberontak terhadap Yehuda lalu menjadi negara merdeka.
9 Oleh itu Raja Yehoram dan pegawai-pegawainya berangkat dengan kereta kuda lalu menyerang Edom. Di sana mereka dikepung oleh tentera Edom, tetapi pada malam harinya mereka berjaya melepaskan diri.
10 Sejak itu Edom tidak tunduk lagi kepada Yehuda. Pada masa itu kota Libna juga memberontak, kerana Raja Yehoram telah meninggalkan TUHAN, Allah nenek moyangnya.