6 Baginda mengikut cara hidup Raja Ahab dan raja-raja Israel yang lain kerana baginda berkahwin dengan salah seorang puteri Raja Ahab. Raja Yehoram berdosa terhadap TUHAN,
7 tetapi TUHAN tidak mahu memusnahkan raja keturunan Raja Daud, kerana TUHAN telah berjanji kepada Raja Daud bahawa keturunan baginda akan memerintah selama-lamanya.
8 Pada masa pemerintahan Raja Yehoram, Edom memberontak terhadap Yehuda lalu menjadi negara merdeka.
9 Oleh itu Raja Yehoram dan pegawai-pegawainya berangkat dengan kereta kuda lalu menyerang Edom. Di sana mereka dikepung oleh tentera Edom, tetapi pada malam harinya mereka berjaya melepaskan diri.
10 Sejak itu Edom tidak tunduk lagi kepada Yehuda. Pada masa itu kota Libna juga memberontak, kerana Raja Yehoram telah meninggalkan TUHAN, Allah nenek moyangnya.
11 Bahkan Raja Yehoram membina tempat-tempat penyembahan berhala di pergunungan Yehuda, dan menyebabkan penduduk Yehuda dan Yerusalem berdosa terhadap TUHAN.
12 Nabi Elia mengirim sepucuk surat kepada Raja Yehoram. Bunyi surat itu demikian, “TUHAN, Allah yang disembah Raja Daud, nenek moyang tuanku, menghukum tuanku, kerana tuanku tidak mengikut teladan Raja Yosafat ayahanda tuanku, ataupun teladan Raja Asa datuk tuanku.