1 Beberapa orang Arab telah menyerbu dan membunuh semua putera Raja Yehoram kecuali Ahazia, putera yang bongsu. Oleh itu penduduk Yerusalem melantik Ahazia menjadi raja untuk menggantikan ayahandanya.
2-3 Raja Ahazia menjadi raja ketika baginda berumur dua puluh dua tahun dan baginda memerintah di Yerusalem selama satu tahun. Raja Ahazia juga mengikut cara hidup keluarga Raja Ahab, kerana bondanya, Atalya memberikan nasihat kepadanya untuk melakukan yang jahat. Atalya ialah puteri Raja Ahab, dan cucu Raja Omri, raja Israel.
4 Raja Ahazia berdosa terhadap TUHAN kerana setelah kemangkatan ayahandanya, beberapa anggota keluarga Raja Ahab menjadi penasihatnya; merekalah yang menyebabkan kejatuhan Raja Ahazia.
5 Oleh sebab nasihat mereka, Raja Ahazia bergabung dengan Raja Yoram dari Israel untuk berperang dengan Raja Hazael, dari Siria. Pertempuran berlaku di Ramot di daerah Gilead, dan Raja Yoram cedera dalam pertempuran itu.
6 Kemudian Raja Yoram pulang ke Yizreel untuk dirawat, dan Raja Ahazia menziarahi baginda di situ.