15 Mereka menangkap Ratu Atalya dan membawa baginda ke istana, lalu membunuh baginda di Pintu Kuda.
16 Imam Yoyada mengajak Raja Yoas dan rakyat membuat perjanjian bahawa mereka akan menjadi umat TUHAN.
17 Kemudian mereka masuk ke dalam kuil Baal dan merobohkan kuil itu. Mereka menghancurkan semua mazbah dan berhala di situ. Mereka juga membunuh Matan, imam Baal itu, di depan mazbah-mazbah di sana.
18 Yoyada menugaskan para imam dan orang Lewi untuk mengurus pekerjaan di Rumah TUHAN menurut pembahagian tugas yang telah ditetapkan oleh Raja Daud. Mereka mesti mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN menurut Taurat Musa. Mereka juga ditugaskan mengurus muzik dan perayaan.
19 Yoyada juga menugaskan pengawal-pengawal di pintu gerbang supaya mencegah sesiapa yang tidak layak untuk beribadat masuk ke sana.
20 Para pegawai tentera, para pemimpin rakyat, para pegawai, dan semua rakyat mengikut Yoyada mengiringi raja dari Rumah TUHAN ke istana. Mereka masuk melalui pintu utama, lalu raja bersemayam di atas takhtanya.
21 Semua rakyat bersukacita dan kota pun tenang kerana Ratu Atalya telah dibunuh.