24 Tentera Siria tidak besar, tetapi TUHAN membiarkan mereka mengalahkan tentera Yehuda yang lebih besar, kerana penduduk Yehuda telah meninggalkan TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Dengan cara itu Raja Yoas dihukum.
25 Raja Yoas luka parah. Apabila pasukan musuh mengundurkan diri, dua orang pegawai Raja Yoas bermuslihat terhadap baginda. Mereka membunuh Raja Yoas di tempat peraduannya untuk membalas dendam kematian anak lelaki Yoyada, imam itu. Raja Yoas dimakamkan di Kota Daud, tetapi bukan di makam diraja. (
26 Orang yang bermuslihat terhadap Raja Yoas ialah Zabad dan Yozabad. Ibu Zabad ialah Simeat dari Amon, dan ibu Yozabad ialah Simrit dari Moab.)
27 Kisah tentang putera-putera Raja Yoas dan nubuat-nubuat yang tidak baik tentang dirinya, serta kisah tentang cara baginda membaiki Rumah TUHAN tercatat di dalam kitab Tafsiran Kitab Raja-Raja. Raja Amazia, putera Raja Yoas, menjadi raja menggantikan ayahandanya.