9 Mereka memberitakan ke seluruh Yerusalem dan Yehuda, bahawa tiap-tiap orang mesti membawa cukai untuk TUHAN, seperti yang diwajibkan oleh Musa, hamba TUHAN itu, di padang gurun dahulu.
10 Rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka suka akan cadangan itu, lalu membawa wang cukai mereka dan memenuhkan peti itu.
11 Tiap-tiap hari orang Lewi membawa peti itu kepada pegawai raja untuk diperiksa. Apabila peti itu sudah penuh, setiausaha raja dan wakil Imam Agung mengeluarkan wang itu lalu mengembalikan peti itu di tempatnya. Demikianlah mereka mengumpulkan wang yang banyak sekali.
12 Raja dan Yoyada menyerahkan wang itu kepada pegawai-pegawai yang mengurus pembaikan Rumah TUHAN. Para pegawai itu mengupah tukang batu, tukang kayu, dan tukang besi, untuk melakukan kerja pembaikan itu.
13 Semua tukang itu bekerja keras, dan mereka membaiki Rumah TUHAN sehingga menjadi kukuh dan baik seperti dahulu.
14 Setelah pekerjaan itu selesai, lebihan emas, dan perak itu diberikan kepada raja dan Yoyada. Emas dan perak itu digunakan untuk membuat perkakas-perkakas bagi Rumah TUHAN: alat-alat untuk upacara ibadat dan bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan juga mangkuk-mangkuk, serta alat-alat lain.Selama Yoyada hidup, korban untuk menyenangkan hati TUHAN selalu dipersembahkan di Rumah TUHAN.
15 Yoyada mencapai umur yang sangat lanjut dan meninggal ketika dia berumur 130 tahun.