1 Raja Amazia menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Bondanya ialah Yoadan dari Yerusalem.
2 Raja Amazia melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN, tetapi tidak melakukannya dengan sepenuh hati.
3 Sebaik sahaja pemerintahannya kukuh, baginda membunuh pegawai-pegawai yang membunuh ayahandanya dahulu,
4 tetapi baginda tidak membunuh anak-anak mereka. Raja Amazia menurut apa yang diperintahkan oleh TUHAN di dalam Taurat Musa yang berbunyi demikian, “Ibu bapa tidak boleh dihukum mati kerana kesalahan anak mereka. Anak tidak boleh dihukum mati kerana kesalahan ibu bapa mereka. Setiap orang hanya boleh dihukum mati kerana kesalahan yang dibuatnya sendiri.”