18 cuba mencegah raja. Mereka berkata, “Tuanku Uzia, tuanku tidak berhak membakar kemenyan untuk TUHAN. Hanya imam-imam keturunan Harun telah ditahbiskan untuk pekerjaan itu. Tinggalkanlah tempat yang suci ini. Tuanku telah bersalah terhadap TUHAN Allah dan tidak lagi diberkati oleh-Nya.”
19 Raja Uzia sedang berdiri di sebelah mazbah kemenyan di Rumah TUHAN, sambil memegang tempat membakar kemenyan. Baginda murka kepada imam-imam itu, maka tiba-tiba sejenis penyakit kulit yang mengerikan timbul pada dahinya.
20 Azarya dan imam-imam yang lain melihat raja dan nampak penyakit kulit yang mengerikan pada dahinya. Lalu mereka mendesak raja meninggalkan Rumah TUHAN dengan segera. Raja keluar dengan tergesa-gesa, kerana TUHAN telah menghukum baginda.
21 Seumur hidupnya, Raja Uzia tidak sembuh daripada penyakit itu. Baginda diasingkan di sebuah rumah dan tidak dibenarkan masuk ke Rumah TUHAN lagi. Raja Uzia dibebaskan daripada segala tugas baginda, lalu puteranya Yotam memerintah kerajaan sebagai wakil raja.
22 Nabi Yesaya anak Amos mencatatkan segala perbuatan Raja Uzia pada masa pemerintahan baginda.
23 Raja Uzia mangkat dan dimakamkan di tanah perkuburan nenek moyangnya, tetapi kerana penyakitnya baginda tidak dimakamkan di makam diraja. Selepas itu puteranya Yotam menggantikan baginda sebagai raja.