1 Raja Yotam menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Bondanya ialah Yerusa anak Zadok.
2 Raja Yotam melakukan apa yang diperkenankan TUHAN, seperti Raja Uzia ayahandanya, tetapi baginda tidak seperti ayahandanya yang berdosa dengan membakar kemenyan di Rumah TUHAN. Walaupun demikian, rakyat baginda terus sahaja berdosa.
3 Raja Yotam membina Pintu Gerbang Utara Rumah TUHAN, dan baginda membaiki tembok kota di kawasan Yerusalem yang disebut Ofel.
4 Di pergunungan Yehuda, Raja Yotam membina kota-kota, dan di hutan-hutan baginda membina kubu dan menara.