4 Di pergunungan Yehuda, Raja Yotam membina kota-kota, dan di hutan-hutan baginda membina kubu dan menara.
5 Raja Yotam memerangi raja negeri Amon dan tenteranya, lalu mengalahkan mereka. Kemudian Raja Yotam memaksa orang Amon membayar ufti selama tiga tahun, tiap-tiap tahun sebanyak 3,400 kilogram perak, 1,000 tan gandum, dan 1,000 tan barli.
6 Raja Yotam bertambah kuat kerana baginda taat setia kepada TUHAN, Allahnya.
7 Perkara-perkara lain yang berlaku pada masa pemerintahannya, seperti peperangan dan dasar kerajaannya, semua tercatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Israel dan Yehuda.
8 Raja Yotam berusia dua puluh lima tahun ketika baginda menjadi raja, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun.
9 Raja Yotam mangkat dan dimakamkan di Kota Daud. Puteranya Ahas, menggantikan baginda sebagai raja.