15 Di kota-kota lain tempat tinggal imam, Kore dibantu dengan setia oleh orang Lewi berikut: Eden, Minyamin, Yesua, Semaya, Amarya, dan Sekhanya. Mereka membahagikan makanan itu dengan sama rata antara sesama orang Lewi menurut tugas mereka,
16 dan tidak menurut puak. Semua orang lelaki yang berumur tiga puluh tahun ke atas, yang mempunyai tugas harian di Rumah TUHAN, juga diberikan bahagian masing-masing menurut kedudukan mereka.
17 Imam-imam diberikan tugas menurut puak, tetapi orang Lewi yang berusia dua puluh tahun ke atas diberikan tugas menurut kumpulan.
18 Mereka didaftarkan bersama-sama anak isteri mereka, dan orang lain yang di bawah tanggungan mereka, kerana mereka dimestikan bersedia setiap masa untuk melaksanakan tugas yang khas bagi TUHAN.
19 Di kota-kota dan di padang-padang rumput yang di sekitar kota-kota itu, yang ditentukan bagi keturunan Harun, ada imam-imam yang bertanggungjawab untuk membahagikan makanan kepada semua kaum lelaki daripada keluarga imam, dan kepada semua orang yang terdaftar dalam senarai suku Lewi.
20 Di seluruh Yehuda, Raja Hizkia melakukan apa yang adil, yang jujur, dan yang diperkenankan TUHAN, Allahnya.
21 Raja Hizkia berjaya kerana semua yang dilakukannya untuk Rumah TUHAN atau untuk mentaati hukum Taurat, dilaksanakannya dengan sepenuh hati dan dengan kasih kepada Allahnya.