5 Sebaik sahaja perintah itu diumumkan, umat Israel membawa persembahan gandum yang terbaik, wain, minyak zaitun, madu, dan hasil tanaman yang lain. Mereka juga membawa persepuluhan daripada apa sahaja milik mereka.
6 Semua penduduk Yehuda membawa persepuluhan daripada kawanan lembu dan domba mereka. Mereka juga membawa banyak hadiah lain, yang dipersembahkan kepada TUHAN, Allah mereka.
7 Pemberian itu mula dihantar pada bulan ketiga, dan terus bertambah selama empat bulan.
8 Apabila Raja Hizkia dan pegawai-pegawai nampak betapa banyaknya pemberian yang telah diberikan, mereka memuliakan TUHAN dan memuji umat-Nya, orang Israel.
9 Raja bertanya kepada para imam dan orang Lewi tentang pemberian itu,
10 lalu Imam Agung Azarya, keturunan Zadok, berkata kepada raja, “Sejak rakyat membawa persembahan mereka ke Rumah TUHAN, makanan di situ cukup, bahkan banyak lagi lebihan. Kami mendapat semua pemberian ini kerana TUHAN telah memberkati umat-Nya.”
11 Atas perintah raja, mereka menyediakan stor-stor di kawasan Rumah TUHAN,