9 Raja bertanya kepada para imam dan orang Lewi tentang pemberian itu,
10 lalu Imam Agung Azarya, keturunan Zadok, berkata kepada raja, “Sejak rakyat membawa persembahan mereka ke Rumah TUHAN, makanan di situ cukup, bahkan banyak lagi lebihan. Kami mendapat semua pemberian ini kerana TUHAN telah memberkati umat-Nya.”
11 Atas perintah raja, mereka menyediakan stor-stor di kawasan Rumah TUHAN,
12 dan menyimpan semua persembahan dan persepuluhan di dalam stor-stor itu. Mereka memilih seorang Lewi bernama Konanya sebagai pengurus barang-barang itu, dan adiknya, Simei sebagai penolongnya.
13 Sepuluh orang Lewi disuruh bekerja di bawah pengawasan mereka: Yehiel, Azazya, Nahat, Asael, Yerimot, Yozabad, Eliel, Yismakhya, Mahat, dan Benanya. Semua hal itu dilaksanakan menurut perintah Raja Hizkia dan Imam Agung Azarya.
14 Kore anak Yimna, seorang Lewi yang dahulu menjadi ketua pengawal di Pintu Gerbang Timur Rumah TUHAN, ditugaskan menerima pemberian yang dipersembahkan kepada TUHAN serta membahagi-bahagikannya.
15 Di kota-kota lain tempat tinggal imam, Kore dibantu dengan setia oleh orang Lewi berikut: Eden, Minyamin, Yesua, Semaya, Amarya, dan Sekhanya. Mereka membahagikan makanan itu dengan sama rata antara sesama orang Lewi menurut tugas mereka,