1 Selepas Raja Hizkia melakukan hal-hal yang menunjukkan kesetiaannya kepada TUHAN, Raja Sanherib, dari negeri Asyur menyerang Yehuda. Raja Sanherib mengepung kota-kota berkubu, lalu memerintah tenteranya supaya merebut kota-kota itu.
2 Apabila Raja Hizkia mengetahui bahawa Raja Sanherib bertekad untuk menyerang Yerusalem,
3-4 Raja Hizkia dan pegawai-pegawainya mengambil keputusan untuk menutup saluran air di luar kota supaya orang Asyur tidak mendapat air apabila mereka mendekati Yerusalem. Pegawai-pegawai itu mengerahkan banyak orang keluar untuk menutup semua mata air sehingga tiada lagi air yang memancar dari mata air itu.
5 Raja Hizkia memperkuat pertahanan kota dengan membaiki tembok serta membina menara-menara di atasnya, dan juga membina satu lapis tembok lagi di sebelah luar. Selain itu, Raja Hizkia membaiki kubu yang didirikan di atas tambak, di bahagian timur di kawasan Yerusalem lama. Baginda juga menyuruh orang membuat banyak tombak dan perisai.
6 Raja Hizkia melantik panglima-panglima untuk memimpin semua kaum lelaki di kota itu, lalu memerintah mereka berkumpul di lapangan depan pintu gerbang kota. Baginda bertitah kepada mereka,