10 “Beta Raja Sanherib, penguasa negeri Asyur, ingin bertanya sebabnya kamu begitu berani bertahan di Yerusalem yang dikepung.
11 Raja Hizkia memberitahu kamu bahawa TUHAN, Allah kamu akan menyelamatkan kamu daripada kuasa kami, tetapi Raja Hizkia menipu kamu. Baginda akan membiarkan kamu mati kelaparan dan kehausan.
12 Raja Hizkia itulah yang memusnahkan tempat-tempat beribadat kepada TUHAN dan mazbah-mazbah-Nya, lalu menyuruh penduduk Yehuda dan Yerusalem beribadat dan membakar kemenyan di satu mazbah sahaja.
13 Tidakkah kamu tahu apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang beta dan beta sendiri terhadap rakyat bangsa-bangsa lain? Belum pernah dewa bangsa mana pun menyelamatkan rakyatnya daripada kuasa raja negeri Asyur.
14 Siapakah antara dewa-dewa bangsa-bangsa itu pernah menyelamatkan negeri mereka daripada kami? Dewa kamu tidak mungkin dapat menyelamatkan kamu.
15 Jangan biarkan Raja Hizkia menipu atau menyesatkan kamu. Jangan percaya kepadanya! Belum pernah dewa bangsa mana pun sanggup menyelamatkan negerinya daripada raja negeri Asyur. Dewa kamu itu pun pasti tidak dapat menyelamatkan kamu!”
16 Utusan-utusan orang Asyur itu mengucapkan banyak lagi kata yang menghina TUHAN Allah dan Raja Hizkia, hamba TUHAN.