15 Jangan biarkan Raja Hizkia menipu atau menyesatkan kamu. Jangan percaya kepadanya! Belum pernah dewa bangsa mana pun sanggup menyelamatkan negerinya daripada raja negeri Asyur. Dewa kamu itu pun pasti tidak dapat menyelamatkan kamu!”
16 Utusan-utusan orang Asyur itu mengucapkan banyak lagi kata yang menghina TUHAN Allah dan Raja Hizkia, hamba TUHAN.
17 Surat yang ditulis raja itu menentang TUHAN, Allah Israel. Demikian bunyinya, “Dewa bangsa-bangsa lain belum pernah menyelamatkan pemuja dewa-dewa itu daripada kuasa beta, demikian juga dewa Raja Hizkia tidak dapat menyelamatkan rakyatnya daripada kuasa beta.”
18 Utusan-utusan orang Asyur itu meneriakkan kandungan surat itu dalam bahasa Ibrani untuk menakutkan dan menawarkan hati penduduk Yerusalem yang berada di tembok kota, supaya mereka dapat merebut kota itu dengan lebih mudah.
19 Dengan kata-kata, mereka menyamakan Allah yang disembah di Yerusalem dengan dewa-dewa bangsa lain, iaitu berhala-berhala buatan manusia.
20 Kemudian Raja Hizkia dan Nabi Yesaya anak Amos berdoa kepada Allah dan berseru kepada-Nya meminta pertolongan.
21 TUHAN mengirim satu malaikat yang membunuh askar-askar dan pegawai-pegawai tentera negeri Asyur. Maka raja negeri Asyur pulang ke negerinya dengan sangat malu. Pada suatu hari, ketika raja Asyur berada di kuil berhalanya, beberapa orang puteranya membunuh baginda dengan pedang.