2 Tawarikh 32:2-9 BM

2 Apabila Raja Hizkia mengetahui bahawa Raja Sanherib bertekad untuk menyerang Yerusalem,

3-4 Raja Hizkia dan pegawai-pegawainya mengambil keputusan untuk menutup saluran air di luar kota supaya orang Asyur tidak mendapat air apabila mereka mendekati Yerusalem. Pegawai-pegawai itu mengerahkan banyak orang keluar untuk menutup semua mata air sehingga tiada lagi air yang memancar dari mata air itu.

5 Raja Hizkia memperkuat pertahanan kota dengan membaiki tembok serta membina menara-menara di atasnya, dan juga membina satu lapis tembok lagi di sebelah luar. Selain itu, Raja Hizkia membaiki kubu yang didirikan di atas tambak, di bahagian timur di kawasan Yerusalem lama. Baginda juga menyuruh orang membuat banyak tombak dan perisai.

6 Raja Hizkia melantik panglima-panglima untuk memimpin semua kaum lelaki di kota itu, lalu memerintah mereka berkumpul di lapangan depan pintu gerbang kota. Baginda bertitah kepada mereka,

7 “Hendaklah kamu yakin dan tabah hati. Jangan takut kepada raja negeri Asyur ataupun tentera yang dipimpinnya. Kita mempunyai kuasa yang lebih besar di pihak kita daripada apa yang di pihak raja itu.

8 Raja Asyur mempunyai kuasa manusia, tetapi kita mempunyai TUHAN, Allah kita, yang menolong dan berperang bagi kita.” Rakyat digalakkan oleh titah raja mereka.

9 Beberapa lama kemudian, ketika Raja Sanherib dan tenteranya berada di kota Lakhis, baginda mengirim utusan untuk menyampaikan berita ini kepada Raja Hizkia dan penduduk Yehuda yang bersama-samanya di Yerusalem,