23 Banyak orang datang ke Yerusalem dengan membawa persembahan kepada TUHAN dan hadiah bagi Raja Hizkia. Sejak itu bangsa-bangsa lain menghormati Raja Hizkia.
24 Kira-kira pada masa itu, Raja Hizkia gering sehingga hampir mangkat. Baginda berdoa lalu TUHAN memberikan tanda bahawa baginda akan sembuh.
25 Tetapi Raja Hizkia tidak bersyukur atas kesembuhan yang diberikan oleh TUHAN kepada baginda kerana baginda terlalu sombong. Itulah sebabnya TUHAN menghukum penduduk Yehuda dan Yerusalem.
26 Tetapi akhirnya, Raja Hizkia dan penduduk Yerusalem merendahkan diri, maka TUHAN tidak menghukum mereka selama Raja Hizkia masih hidup.
27 Raja Hizkia menjadi sangat kaya dan setiap orang menghormati baginda. Raja Hizkia membina stor-stor untuk menyimpan emas, perak, batu permata, rempah, perisai, dan barang-barang berharga yang lain.
28 Selain itu, baginda membina stor-stor lain untuk menyimpan gandum, wain, dan minyak zaitun, serta kandang-kandang bagi kawanan lembu dan domba baginda.
29 Allah juga mengurniakan domba dan lembu kepada baginda, serta sangat banyak harta lain sehingga baginda dapat membina banyak kota.