30 Raja Hizkia itulah yang membendung aliran air dari Mata Air Gihon dan menyalurkan airnya melalui saluran di bawah tanah ke dalam kota Yerusalem. Raja Hizkia berjaya dalam apa sahaja yang dibuatnya.
31 Apabila utusan-utusan dari Babilonia datang kepada Raja Hizkia untuk bertanya tentang kejadian luarbiasa yang berlaku di negeri itu, TUHAN membiarkan Raja Hizkia bertindak sendiri, supaya dapat menguji hatinya.
32 Segala perbuatan Raja Hizkia dan kasihnya kepada TUHAN, tercatat di dalam kitab Penglihatan Nabi Yesaya anak Amos, dan di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Yehuda dan Israel.
33 Raja Hizkia mangkat dan dimakamkan di bahagian atas makam diraja. Segenap penduduk Yehuda dan Yerusalem memberikan penghormatan besar kepadanya ketika baginda mangkat. Puteranya Manasye, menggantikan baginda sebagai raja.