1 Raja Yosia merayakan Paska di Yerusalem untuk menghormati TUHAN. Pada hari keempat belas bulan pertama, mereka menyembelih domba untuk perayaan itu.
2 Baginda memberi para imam tugas-tugas yang harus dilakukan mereka di Rumah TUHAN, dan menggalakkan mereka supaya melakukan pekerjaan itu dengan baik.
3 Orang Lewi, iaitu guru-guru Israel yang telah dikhaskan untuk TUHAN, mendapat perintah ini daripada Raja Yosia, “Letakkanlah Tabut Perjanjian yang suci itu di Rumah TUHAN, yang dibina Raja Salomo putera Raja Daud. Tidak usah lagi kamu membawanya dari tempat ke tempat, tetapi hendaklah kamu mengabdikan diri kepada TUHAN, Allah kamu dan umat-Nya Israel.
4 Jalankanlah kewajipan kamu di Rumah TUHAN, menurut puak kamu dan tugas yang telah diberikan Raja Daud dan puteranya Raja Salomo.
5 Aturlah puak kamu supaya kamu dapat menolong tiap-tiap keluarga orang Israel.