12 Mereka membahagikan binatang-binatang bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, kepada tiap-tiap kumpulan keluarga, supaya mereka dapat mempersembahkannya menurut peraturan Taurat Musa.
13 Orang Lewi memanggang korban-korban untuk Perayaan Paska di atas api, menurut peraturan, dan merebus korban-korban khas di dalam kuali, periuk, dan belanga, lalu dengan segera dagingnya dibahagi-bahagikan kepada rakyat.
14 Selepas itu barulah orang Lewi membahagikan daging untuk mereka sendiri dan imam-imam keturunan Harun, kerana sampai malam para imam sibuk membakar binatang-binatang yang dipersembahkan sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan membakar lemak daripada korban-korban itu.
15 Beberapa orang pemuzik daripada puak Asaf dalam suku Lewi, iaitu Asaf, Heman, dan Yedutun nabi raja itu, mengambil tempat mereka seperti yang ditetapkan Raja Daud. Pengawal-pengawal yang bertugas di pintu gerbang Rumah TUHAN tidak usah meninggalkan tempat-tempat kawalan mereka kerana orang Lewi yang lain telah menyediakan keperluan Perayaan Paska untuk mereka.
16 Demikianlah semua hal itu dilakukan pada hari itu untuk menyembah TUHAN, merayakan Perayaan Paska, dan mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, di atas mazbah, sebagaimana yang diperintahkan oleh Raja Yosia.
17 Selama tujuh hari semua orang Israel yang hadir di situ merayakan Perayaan Paska dan Perayaan Roti Tidak Beragi.
18 Sejak zaman Nabi Samuel, belum pernah Paska dirayakan secara besar-besaran seperti itu. Tiada seorang pun di kalangan raja-raja Israel yang pernah merayakan Perayaan Paska seperti yang dirayakan oleh Raja Yosia, para imam, orang Lewi, dan penduduk Yehuda, Israel, serta Yerusalem,