11-16 Huram juga membuat periuk, penyodok, dan mangkuk. Dia selesai membuat semua barang yang dijanjikannya kepada Raja Salomo untuk Rumah TUHAN:2 batang tiang2 buah junjung yang berbentuk mangkuk yang diletakkan di atas tiang-tiang ituJalinan rantai pada setiap kepala tiang400 buah delima daripada gangsa yang dijadikan dua baris melingkari jalinan rantai pada setiap kepala tiang10 buah pedati10 buah besen 1 buah tangki12 lembu jantan daripada gangsa untuk menunjang tangkiPeriuk-periuk, penyodok-penyodok, dan garpu-garpu.Huram, tukang yang mahir itu, membuat semua benda itu daripada gangsa yang digilap untuk digunakan di Rumah TUHAN, sebagaimana yang diperintahkan Raja Salomo.
17 Raja menyuruh orang membuat segala benda itu di peleburan logam di antara Sukot dan Zereda, di Lembah Yordan.
18 Benda-benda yang dibuat sangat banyak, sehingga tiada sesiapa pun dapat menentukan berat gangsa yang digunakan.
19 Raja Salomo juga menyuruh orang membuat perabot emas bagi Rumah TUHAN: mazbah dan meja untuk roti yang dipersembahkan kepada Allah;
20 kaki-kaki pelita dan pelita-pelita daripada emas tua, yang dinyalakan di hadapan Bilik Maha Suci, menurut apa yang ditetapkan;
21 hiasan berbentuk bunga, pelita, sepit,
22 alat untuk membersihkan sumbu pelita, mangkuk, pinggan untuk menyimpan kemenyan, dan perbaraan. Semua benda itu dibuat daripada emas tulen. Daun pintu pada pintu-pintu luar Rumah TUHAN dan daun pintu pada pintu-pintu ke Bilik Maha Suci dilapisi emas.