1 Selepas Raja Salomo selesai membina Rumah TUHAN, baginda menyimpan semua perak, emas, dan barangan lain yang ditahbiskan untuk TUHAN oleh ayahandanya, Raja Daud, di dalam stor-stor Rumah TUHAN.
2 Kemudian Raja Salomo menyuruh semua pemimpin suku dan puak Israel berkumpul di Yerusalem, untuk memindahkan Tabut Perjanjian TUHAN dari Sion, Kota Daud, ke Rumah TUHAN.
3 Mereka semua berkumpul pada Perayaan Pondok Daun.
4 Setelah semua pemimpin itu berkumpul, orang Lewi mengangkat Tabut Perjanjian
5 dan membawanya ke dalam Rumah TUHAN. Para imam dan orang Lewi memindahkan Khemah TUHAN dan semua perkakasnya ke dalam Rumah TUHAN.
6 Raja Salomo dan segenap umat Israel berkumpul di hadapan Tabut Perjanjian, lalu mempersembahkan korban berupa domba dan lembu yang banyak sekali, sehingga tidak terkira bilangannya.