4 Setelah semua pemimpin itu berkumpul, orang Lewi mengangkat Tabut Perjanjian
5 dan membawanya ke dalam Rumah TUHAN. Para imam dan orang Lewi memindahkan Khemah TUHAN dan semua perkakasnya ke dalam Rumah TUHAN.
6 Raja Salomo dan segenap umat Israel berkumpul di hadapan Tabut Perjanjian, lalu mempersembahkan korban berupa domba dan lembu yang banyak sekali, sehingga tidak terkira bilangannya.
7 Selepas itu para imam membawa Tabut Perjanjian ke Rumah TUHAN, lalu meletakkannya di Bilik Maha Suci, di bawah patung kerub.
8 Sayap kerub-kerub itu terkembang dan menutupi Tabut itu serta kayu-kayu pengusungnya.
9 Kayu pengusung itu panjang sekali, sehingga hujungnya dapat dilihat dari hadapan Bilik Maha Suci, tetapi tidak dapat dilihat dari arah lain. (Kayu-kayu pengusung itu masih di sana sehingga sekarang.)
10 Tabut Perjanjian hanya mengandungi dua buah batu yang diletakkan di sana oleh Musa di Gunung Sinai dahulu, ketika TUHAN membuat perjanjian-Nya dengan umat Israel, selepas mereka keluar dari Mesir.