25 semoga Engkau di syurga mendengarkan mereka. Ampunkanlah dosa umat-Mu, dan bawalah mereka kembali ke negeri yang telah Engkau berikan kepada mereka dan nenek moyang mereka.
26 Apabila Engkau menahan hujan kerana umat-Mu telah berdosa terhadap-Mu, lalu mereka bertaubat dan menghadap Rumah ini serta berdoa kepada-Mu dengan rendah hati,
27 ya TUHAN di syurga, kabulkanlah permintaan mereka dan ampunkanlah dosa hamba-hamba-Mu, umat Israel. Ajarlah mereka melakukan apa yang benar, lalu turunkanlah hujan ke atas negeri-Mu ini, yang telah Engkau berikan kepada umat-Mu sebagai pusaka mereka selama-lamanya.
28 Apabila kebuluran atau wabak berlaku di negeri ini, atau tanaman musnah kerana angin panas, hama, atau serangan belalang; ataupun apabila umat-Mu diserang oleh musuh, atau penyakit,
29 dengarkanlah doa mereka. Jika ada orang di kalangan umat-Mu Israel, dengan bersedih hati mengangkat tangan dan berdoa kepada-Mu sambil menghadap Rumah ini,
30 dengarkanlah doa mereka. Dengarkanlah mereka dari tempat kediaman-Mu di syurga dan ampunilah mereka. Hanya Engkau yang mengetahui isi hati manusia. Oleh itu perlakukanlah setiap orang setimpal dengan perbuatannya,
31 supaya umat-Mu takut dan taat kepada-Mu selama mereka tinggal di negeri yang telah Engkau berikan kepada nenek moyang kami.