36 Apabila umat-Mu berdosa terhadap-Mu - kerana tiada sesiapa pun yang tidak berdosa - dan kerana kemurkaan-Mu Engkau membiarkan mereka dikalahkan, ditawan oleh musuh, dan dibawa ke negeri lain, walaupun negeri itu jauh,
37 dengarkanlah doa umat-Mu. Jika mereka bertaubat dan berdoa kepada-Mu di negeri itu, serta mengaku bahawa mereka telah berdosa dan berbuat jahat, dengarkanlah doa mereka, ya TUHAN.
38 Jika di negeri itu mereka bertaubat dengan tulus dan ikhlas, dan berdoa kepada-Mu sambil menghadap ke arah negeri ini yang telah Engkau berikan kepada nenek moyang kami, dan ke arah kota yang telah Engkau pilih, serta Rumah ini yang telah aku bina untuk-Mu,
39 dengarkanlah doa mereka. Dari tempat kediaman-Mu di syurga, dengarkanlah mereka dan kasihanilah mereka. Ampunkanlah semua dosa umat-Mu.
40 Sekarang, ya Allahku, pandanglah kami dan dengarkanlah doa yang disampaikan kepada-Mu di tempat ini.
41 Bangkitlah sekarang, ya TUHAN Allah, dan dengan Tabut Perjanjian lambang kekuasaan-Mu itu, masuklah ke Rumah ini dan tinggallah di sini selama-lamanya. Berkatilah para imam-Mu dalam segala pekerjaan mereka, dan semoga segenap umat-Mu bersukacita kerana kebaikan-Mu kepada mereka.
42 Ya TUHAN Allah, janganlah tolak raja yang telah Engkau pilih. Ingatlah akan kasih-Mu kepada hamba-Mu Daud.”