16 kerana Aku telah memilihnya dan mengekhaskannya sebagai tempat orang beribadat kepada-Ku selama-lamanya. Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.
17 Jika engkau mengabdi kepada-Ku dengan setia seperti bapamu Daud, taat kepada hukum-hukum-Ku, serta melakukan segala yang telah Aku perintahkan kepadamu,
18 Aku akan menepati janji-Ku kepada bapamu Daud, ketika Aku berfirman kepadanya bahawa Israel akan sentiasa diperintah oleh keturunannya.
19 Tetapi jika engkau dan rakyatmu tidak taat kepada hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepada kamu, lalu menyembah tuhan-tuhan lain,
20 maka Aku akan membuang kamu dari negeri yang meninggalkan Rumah ini yang telah Kukhaskan sebagai tempat beribadat kepada-Ku. Orang di merata tempat akan mengolok-olok dan menghina Rumah ini.
21 Sekarang Rumah ini sangat dihormati orang, tetapi kelak tiap-tiap orang yang lalu akan hairan dan bertanya, ‘Mengapakah TUHAN berbuat demikian terhadap negeri dan Rumah ini?’
22 Kemudian orang akan menjawab, ‘Kerana mereka telah meninggalkan TUHAN, Allah mereka, yang telah membawa nenek moyang mereka keluar dari Mesir. Mereka menyembah tuhan-tuhan lain dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Itulah sebabnya TUHAN mendatangkan bencana ini kepada mereka.’ ”